HUKUM MEROKOK
Ketika itulah baru bermunculan pendapat-pendapat dari kalangan para ulamak
mengenai hukumnya. Pelbagai risalah/kitab yang ditulis mengenainya.
Secara ringkasnya, terdapat 4 pendapat tentang hukum merokok, yaitu:
1. Haram
2. Makruh
3. Boleh
4. Memperincikan hukum
Berikut ini adalah perinciannya:
1. Haram
Para ulamak dari golongan pertama mengatakannya sebagai haram secara mutlak.
Mereka mengharamkannya atas sebab-sebab berikut:
1. Asap dan bau rokok adalah keji. Firman Allah Taala:
(Al-A’raf:157)
2. Rokok mengakibatkan kematian sebahagian penghisapnya. Firman Allah Taala:
(Al-Nisaa’:29)
3. Membelanjakan wang untuk rokok merupakan suatu pembaziran. Kerana rokok
tidak membawa sebarang faedah. Firman Allah Taala:
(Al-Isra’:26)
4. Rokok mengandungi kemudaratan yang diakui oleh para doktor. Sabda
Rasulullah s.a.w.:
"Tidak boleh memberi mudarat dan tidak memudaratkan." (HR Malik, Daruquthni & Jamaah)
5. Asap dan bau rokok adalah kotor/tidak bersih. Sabda Rasulullah s.a.w.:
‘Allah itu bersih dan Dia cintakan kebersihan" (HR al-Bazzar)
6. Merokok dapat menyakiti orang yang bersebelahan atau berhampiran
dengannya. Sabda Rasulullah s.a.w.:
"Barangsiapa yang beriman kepada Allah dan dan akhirat, janganlah menyakiti
jirannya." (HR Bukhari & Muslim)
2. Makruh
Para ulamak yang berpendapat bahawa rokok itu makruh adalah dengan beberapa
alasan, antaranya ialah:
1. Merokok memudaratkan kesihatan, lebih-lebih lagi jika ia dihisap dengan
banyak. Manakala yang menghisap sedikit, jika dihimpun-himpun akan menjadi
banyak juga.
2. Mengurangkan harta, sekalipun tidak sampai ke peringkat membazir.
Padahal, jika duit itu digunakan untuk perkara-perkara yang bermafaat adalah
lebih baik lagi.
3. Bau dan asap rokok yang tidak enak boleh menganggu dan menyakiti orang
lain. Sama seperti orang yang memakan bawang mentah, petai, jering dsbnya.
4. Masyarakat memandang rendah orang yang menghisap rokok.
5. Melalaikan seseorang dari mengerjakan ibadah secara sempurna.
6. Orang yang ketagihan rokok, fikirannya menjadi tidak keruan apabila tidak
dapat merokok dalam jangka waktu tertentu.
Syeikh Abu Sahal Muhamad bin al-Wai’z al-Hanafi mengatakan bahawa kemakruhan
merokok disabitkan dengan dalil yang pasti (qath’I), sedangakan keharamannya
disabitkan dengan dalil yang zhanni (tidak pasti).
3. Boleh
Semuanya itu pada asalnya adalah halal. Sedikitpun tidak haram. TETAPI…Ia
akan bertukar menjadi haram seandainya:
a. Ada dalil yang mengharamkannya. Seperti daging babi, asalnya adalah
halal, tetapi sebab ada ayat al-Quran yang mengharamkannya, maka ia bertukar
menjadi haram. Jadi, babi itu haram dimakan bukan sebab dirinya itu haram,
tetapi sebab al-Quran mengharamkannya.
b. Di bawah satu dalil atau kaedah umum yang membawa kepada hukum haram.
Seperti, ada ayat al-Quran yang secara umum melarang membunuh jiwa. Jadi,
kalau kita memakan racun yang boleh membawa maut, maka haram hukumnya. Asal
racun itu adalah halal, tetapi oleh kerana ayat suatu ayat umum yang
melarang membunuh jiwa, maka racun itu bertukar menjadi haram dimakan.
c. Diqiyaskan dengan kepada sesuatu yang haram, yang illahnya bersekutu pada
keduanya. Contohnya, dadah. Mana ada di dalam al-Quran yang menyatakan
secara jelas tentang haramnya dadah. Tetapi, ia diqiyaskan dengan khamar
yang secara jelas diharamkan oleh al-Quran. Khamar diharamkan kerana
memabukkan. Kerana memabukkan itulah yang disebutkan sebagai illah (penyebab
hukum berlaku). Jadi, dapat ditarik kesimpulan bahawa setiap perkara yang
ada illah itu adalah haram hukumnya. Dadah, ada atau tidak illah tersebut
(memabukkan)? Sudah tentu ada! Maka dadah juga dihukumkan haram seperti
arak.
Dalil yang digunakan untuk mengharamkan rokok dilalahnya (petunjuk hukum)
bersifat zhanni (tidak pasti). Perkataan keji di dalam ayat yang diberi –
adalah tidak tepat jika memasukkan asap rokok ke dalam sebahagian dari
maksud `keji’ yang dikehendakki oleh al-Quran. Begitu juga dengan membunuh
jiwa. Ia tidaklah secara yakin berlaku kepada semua perokok dan dalam semua
keadaan. Mengenai kemudaratan merokok pula, tidaklah semua yang memudaratkan
itu haram hukumnya. Ada mudarat yang tidak haram. Kemudaratan adalah sesuatu
yang besifat nisbi – ada yang haram dan ada yang makruh. Tentang hujah
mengatakan ia menyakitkan/mengganggu, sama seperti memudaratkan. Tidak
semuanya haram, ada juga menyakitkan itu hanya makruh sahaja. Samalah halnya
dengan hujah lain yang diketengahkan, yaitu: kebersihan dan pembaziran.
Tidak semuanya haram, kerana di sana ada yang makruh sahaja hukumnya.
Komentar :
Mengingat mudharatnya yang sangat jelas, nampaknya pendapat 1 dan 2, lebih
hati-hati
Tarjih
1. Dr. Yusof al-Qardhawi lebih cenderung kepada hukum haram merokok..
2. Para ulamak Hijaz juga cenderung kepada hukum haram merokok.
3. Syeikh Mahmud Syaltut cenderung kepada hukum haram merokok.
4. Syeikh Abu Sahal Muhamad bin al-Wa’izh al-Hanafi condong kepada hukum makruh.
5. Syeikh Abdul Ghani al-Nabilisi mengatakan boleh
6. Syeikh Athiyah Saqr condong kepada pendapat yang memperincikan hukum merokok.
Tidak ada komentar:
Posting Komentar